Pages

Tuesday, November 30, 2010

Kabus Pagi!!!!

Bestnya pagi tadi hujan lebat gilaaaa!!! rasa mcm tak nak bangun aje dari tido!! hahahahaha!!! tak silap aku hujan start pukul 3 pagi!! perghhhh!! sejuk dowhhh!!! terpaksa bangun jugak kul 6 pagi (pada hal mata dah rabak tido kul 1 pagi)...huhuhuu...sbb apa kena bangun awal pagi..haaaaa..ni yang aku nak cerita ni....




Bangun macam malas aje..huhuhuu...tapi apa nak buat sebab nak kena hantar abang long aku pergi Star Rapid kat Sungai Besi..Kuala Lumpur pukul 6 pagi...dahlah semalam kena paksa tido rumah dia...mesti dia suruh aku hantar punyelah...sebab kereta dia nak masuk bengkel (accident)..teruk jugak belakang kereta dia..huhuhuhu..takpe-takpe..cover insurans orang yang langgar tu ada..apa lagi...hambatlahhhhh!! hahahahaha!!!



So hantar dia pagi tue..aku tgok perggghhhh!! best gilerrr...kabussss dowhhh!!! tak nampak jalan..kabus tebal & sejuk sbb hujan pukul 3 pagi tadi...best!! 1 Nilai N9 diselubungi kabus pagi!!! walaweiii!!! Alhamdulillah..Kurniaan Tuhan bagi hamba-Nya....hehehehehe..

Sampai sudeeeee Star Rapid kat Sungai Besi..Hantar lepas tu balik rumah sendiri...dalam perjalanan nak balik..handphone abg aku plak tertinggal...macam mana plak boleh jatuh kat dalam kereta aku pun aku tak tahu..adeii...dia miss call..aku cari sambil drive..gilerrr!! mana nmpak handphone tue berdering!!.. adoiyaiiiii!!...dia suruh off bila jumpa handphone tu...adeiii..macam-macam hal..berhenti kat toll Nilai N9..parking kat area toll tue & then cari handphone abg aku...nahh!! hambik ko...kat bawah kerusi kete aku..haiyooo betollah org tua nie mcm mana boleh cicir ntah handphone dia pun aku tak tahu..td ok aje masuk kete..hahahahaha!!!...sampai Nilai N9...still berkabus lagi..sejuk aje pagi tu..bestnya dapat tido...huhuhuhu...




Macam-macam hallah hari nie...tapi takpe..aku ok aje...just bahaya jugak cari handphone smbil pandu..mengagau cari bunyik handphone tue...nasib baik tak banyak keta pagi tadi..kalau tak bahayos!!! Hati-hati Aizal oiiii!! kamu tak nikah lagi dowhhh!! nyawa kejap aje melayang dowhhhh kalau kau alpa sikit..hehehehehehe!!! ;o)

Kabus Pagi!!!!









Insurans Nyawa..

Assalamualaikum w.b.t..

Aku tulis blog ni untuk kali ke-3..hehehe...so berkenaan dengan Insurans Nyawa yang anak buah aku promotekan kat aku semalam.....Rasanya berbaloi jugak rupanya kalau aku ambil insurans ni...Prudential BSN Takaful nama insurans tu..so aku ambil insurans ni untuk masa depan aku kelak...hehehehe...



Start bulan Januari insurans aku mulai aktif seperti biasa..memang dah lama nak ambil personal insurans ni tapi asyik tangguh-tangguh aje..(sebenarnya malas nak ambil) hehehehehehe!!..tp bila fikir-fikir balik, umur makin meningkat makin tua...so ambil ajelah.. ;o)



Sebenarnya banyak faedah apabila kita ambil insurans macam nie...cuma kita aje yang tak nampak sebenarnya apa faedah itu...kita tak tahu apa akan terjadi keatas diri kita kelak...bukan minta kejadian yang tidak diingini berlaku pada diri kita tetapi sekurang-kurangnya...ada juga coverage yang kita dapat bila kita ambil insurans sebegini...



So lepas ni dah ada insuranse ...yeeeeeeeeeeeaaaa!!! thanks anak buahku Azmir Baharum!! hehehehehe!! 











Monday, November 29, 2010

Green Lightssssssssssssssssss!! hahahahaha!!

Semalam....bermulalah kisah bagi lampu hijau tuk aku bernikah!! hahahahaha!!...lawak-lawak!! hehehehe..tp itulah hakikatnya....disebalik lampu hijau tue dah bersediakah aku untuk tempuhi alam perkahwinan nie..

Rasa tawar hati pun ada jugak sebenarnya..tp aku just think positif dengan benda-benda mcm nie...yang tak tahan tu siap bagi syarat-syarat untuk bakal isteri aku..hahaha!!...salah 1 syaratnya,nak yg kurus aje...temban tak nak ke??adoiiyaiiii!!! hahaha!! masalah macam nie...huhuuhu...so kena kurus cepat-cepat wahai gadis-gadis diluar sana...hehehehehe.. just kidding k..



Pasal isu perkahwinan ini..rasa-rasanya aku belum bersedia lagi kot...Banyak lagi benda yg aku nak buat sebenarnya..Firstly aku nak kukuhkan kewangan aku dulu..buat masa ni hutang-hutang aku x langsai lagi....kalau dah kurang semua hutang-hutang aku ni..baru planning benda-benda lain.. dan dah selesai semua hutang-hutang tu..barulah fikir nak ada aset-aset seperti rumah & barang-barang rumah..bestnya kalau ada rumah sendiri & semua tue..



Jauh lagi 'jambatan jodoh' aku rasa sebenarnya..aku pun x tahu dengan siapa aku akan bercouple & berkahwin...buat masa nie..aku  tak nak bagi siapa-siapa harapan sbb aku tak pasti boleh bahagiakan pasangan aku atau tidak...

Biarlah masa dan keadaan yang akan menentukan....apa yang pasti, aku akan terus berdoa untuk kesejahteraan family aku & sahabat-sahabat aku semua...





Friday, November 26, 2010

kenapa aku buat blog

Salam. Rasanya tiap orang mempunyai niat yang tersendiri untuk buat blog. Ada yang nak cari duit melalui blog, ada yang nak catatkan kehidupan peribadi from A-Z, ada yang untuk perniagaan, dan ada juga hanya untuk saja-saja.

Aku baru jer mula berblog, kalau tak silap. Pada mulanya aku tertarik dengan blog adik aku - afiqah lyana - yang dinamakan as "Afiqah Lyana sayang Anan Azri". Blog dia sangat comel, girlish punya stail. Dari situ aku pun mula buat blog, tapi tak pandai nak edit blog selawa yang dia buat.


Mula-mula blog memang aku singgah ke blog dia, pakwe dia, dan kawan dia. Kiranya daripada dialah aku minat berblog. Tapi lepas tu aku dah pandai ber"blogwalking" ke blog-blog orang lain.


Aku suka sangat berblog sebab bila aku baca blog orang lain, secara tak langsung aku dapat tahu mengenai gaya hidup orang lain. Aku juga dapat selami berbagai cara pandangan untuk satu-satu jenis topik. Disebabkan dalam kehidupan hari-hari aku pun aku memang suka memerhatikan orang dan tengok tingkahlaku mereka, so blog ni memang sesuai untuk aku.

Besides that, aku dapat gak banyak info-info terbaru dan berita hangat. Aku tak tahu, kalau aku bukak suratkhabar aku akan baca tajuknya sahaja. Tapi kalau blog, aku aka baca from A-Z. So aku lebih suka mendapatkan berita-berita terbaru dari blog.





Aku sayang sangat dengan blog aku ni. Kalau tak bukak sehari, memang rasa lain. Tapi kadang-kadang blog ini terpaksa juga diabaikan, sebab ada komitmen lain.

Tak kira walauapapun niat utama kita berblogging, hati mesti ikhlas. Jangan bagi info karut-marut, jangan buat propaganda, jangan cari gaduh dengan blogger lain, dan jangan buat apa yang boleh menyakitkan hati orang lain. Blog lah secara sihat. ^_^