Pages

Monday, December 6, 2010

Minyak Petrol Naik Lagi!! Adeiii!! Gula pun??

Pada hari Jumaat bersamaan 3 Disember 2010...lepas balik dari rumah abang aku di Desa Ria Nilai 3...nak ke rumah cousin aku...digemparkan 1 cerita..Minyak Petrol naik lagi!!! Ramai yang tak tahu malam tu sebelum pukul 12 tengah malam they all dah start nak naikkan harga minyak...harga kini dah jadi RM1.90...naik 5 sen...


Apa lagi, sampai aje dekat rumah cousin aku, dia bergegas ajak pergi stesyen minyak untuk isi minyak penuh sampai melimpah..hahahahhaa!! melampaukan..hahaha!!! Sampai aje stesyen minyak Shell..Terus isi penuh-penuh sampai melimpah ruah..haaaa....hambek ko!! Nak sangat!!..hahaha!!!


Pandaikan kerajaan, menggunakan ayat 'selaraskan' harga minyak..pada hal ayat 'selaraskan' tu digunakan untuk mengaburi mata rakyat....selaraskan sama dengan menaikkan..huhuhuhu!! Hebat bukan??


Kenaikan harga minyak tak habis lagi kini muncul harga barang iaitu harga gula pulak...huhu..harga gula naik 20 sen...habislah rakyat!! 1 Malaysialah katakan...Sesiapa yang kerja kerajaan memang tak terasa sangat, yang kerja Swasta..kena pulak gaji cukup makan..so macam tu..huhuu...Sakit-sakit..Kena yang gaji besar tak apalah..yang gaji kecil ni..nak makan apa??dah semua naik...kalau gaji naik banyak tak apalah juga..

 

Oklah..tak apa..kita bersabar ajelah dengan situasi macam ni..selagi boleh sabar kita sabar..tapi kena ingat..sampai bila kita harus nak macam nie...so apa yang boleh kita buat hanya berjimat cermat...betul tak kawan-kawan??








No comments:

Post a Comment