Pages

Friday, November 26, 2010

kenapa aku buat blog

Salam. Rasanya tiap orang mempunyai niat yang tersendiri untuk buat blog. Ada yang nak cari duit melalui blog, ada yang nak catatkan kehidupan peribadi from A-Z, ada yang untuk perniagaan, dan ada juga hanya untuk saja-saja.

Aku baru jer mula berblog, kalau tak silap. Pada mulanya aku tertarik dengan blog adik aku - afiqah lyana - yang dinamakan as "Afiqah Lyana sayang Anan Azri". Blog dia sangat comel, girlish punya stail. Dari situ aku pun mula buat blog, tapi tak pandai nak edit blog selawa yang dia buat.


Mula-mula blog memang aku singgah ke blog dia, pakwe dia, dan kawan dia. Kiranya daripada dialah aku minat berblog. Tapi lepas tu aku dah pandai ber"blogwalking" ke blog-blog orang lain.


Aku suka sangat berblog sebab bila aku baca blog orang lain, secara tak langsung aku dapat tahu mengenai gaya hidup orang lain. Aku juga dapat selami berbagai cara pandangan untuk satu-satu jenis topik. Disebabkan dalam kehidupan hari-hari aku pun aku memang suka memerhatikan orang dan tengok tingkahlaku mereka, so blog ni memang sesuai untuk aku.

Besides that, aku dapat gak banyak info-info terbaru dan berita hangat. Aku tak tahu, kalau aku bukak suratkhabar aku akan baca tajuknya sahaja. Tapi kalau blog, aku aka baca from A-Z. So aku lebih suka mendapatkan berita-berita terbaru dari blog.





Aku sayang sangat dengan blog aku ni. Kalau tak bukak sehari, memang rasa lain. Tapi kadang-kadang blog ini terpaksa juga diabaikan, sebab ada komitmen lain.

Tak kira walauapapun niat utama kita berblogging, hati mesti ikhlas. Jangan bagi info karut-marut, jangan buat propaganda, jangan cari gaduh dengan blogger lain, dan jangan buat apa yang boleh menyakitkan hati orang lain. Blog lah secara sihat. ^_^





3 comments: